BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 26, 2011

cerpen kedua

mungkinkah



Sepi.

          Keadaan sekelilingku begitu sepi.sejak kecil,aku tidak pernah hidup di dalam kesepiaan.kini,saban hari aku diurung kesepian.namun,aku terpaksa menerima takdir hidupku. Hari ini genap umurku 20 tahun.tiada siapa yang datang bagi menyambut ulang tahun kelahiranku. Tetapi aku tidak kisah kerana semenjak umurku 13 tahun,aku tidak suka menyambut ulang tahun kelahiranku.

        Dalam kesepiaan malam ini,aku cuba untuk melelapkan mata namun tidak bisa. Semakin aku cuba untuk melelapkan mata,semakin kuat ingatanku tertumpu terhadap peristiwa yang berlaku setahun yang lalu. Peristiwa yang memberikan 1001 kesan terhadap diriku. Peristiwa itu jugalah yang menyebabkan aku menjadi penghuni tetap Penjara Kajang ini.




         ''Abang dah balik?saya ingat abang dah lupa jalan balik ke rumah.'' Kedengaran ibu berkata-kata.
          ''Kalau diikutkan hati,tak ingin saya balik ke rumah.Setiap kali balik, terpaksa dengar awak membebel.'' ayah membalas dengan muka bersahaja.
        Sebaik sahaja mendengar kata-kata ayah,aku terus menutup pintu. Tidak sanggup mendengar mereka bergaduh walaupun ini bukan kali pertama. Tidak lama kemudian, kedengaran suara ibu dan ayah bergaduh.

         ''Sampai bila mereka harus bergaduh? Tidak pernahkah mereka terfikir untuk berdamai?'' aku mengomel sendirian. Pergaduhan orang tuaku tidak aku hiraukan. Aku menarik selimut dan tiba-tiba aku terfikir satu idea. Idea yang boleh membantuku bebas daripada pertengkaran yang saban hari mengusutkan fikiranku. Aku tersenyum dan memejamkan mata. Aku berharap idea ini dapat direalisasikan secepat mungkin.

        Tepat jam 5pagi jam loceng berbunyi. Aku bercadang untuk lari dari rumah. Pada waktu ini aku tidak memikirkan apa-apa kesan daripada perbuatanku ini. Aku melangkah keluar rumah melalui pintu dapur bersama-sama sebuah beg berisi pakaian. Sebaik sahaja berjaya keluar dari rumah,aku berlari setangkas mungkin ke pondok bas. Oleh kerana rumahku yang terletak bertentangan dengan jalan raya besar,mudah sahaja aku meloloskan diri. Di pondok bas,rakanku baikku iaitu rizan telah menunggu. Rizan sememangnya sering membantuku sekiranya ditimpa masalah. Rizan membonceng motosikalnya menuju ke Bandar.

          Sampai di Bandar, Rizan memberhentikan moosikalnya di perhentian bas.
        
         ''Terima kasih Zan,kau memang selalu jadi penyelamat. Tapi ingat tau,jangan bagitahu keluarga aku pasal ni. Kalau bocor rahsia,siap kau aku kerjakan.'' Aku berkata dalam nada bergurau.

          Rizan hanya mendiamkan diri kerana dia sememangnya tidak bersetuju dengan rancanganku. Tanpa bicara, Rizan menghidupkan motosikalnya dan berlalu pergi. Aku memandang Rizan sehingga hilang daripada bayangan. Aku melangkah longlai menuju ke tempat duduk yang disediakan. Jam menunjukkan pukul 5.50 pagi. Lagi 10 minit bas yang akan membawaku ke Kuala Lumpur akan sampai.

          Aku tiba di Kuala Lumpur jam 8.30 pagi. Setiba di sana,aku segera mencari gerai makan untuk bersarapan. Usai bersarapan aku melangkah tanpa arah tujuan. Namun,entah mengapa aku tidak berasa takut. Ketika aku berjalan di sebuah lorong, tiba-tiba pandanganku gelap.

           ''Lepaskan aku!'' aku berteriak sambil memukul-mukul badan orang yang menganakatku. Badannya besar dan tegap. Tidak lama selepas itu,aku diletakkan di dalam sebuah kenderaan dan kenderaan itu meluncur laju. Ingin aku berteriak namun suaraku tersekat di kerongkong.

          Kenderaan itu kemudiannya berhenti dan aku di angkut keluar. Aku diletakkan di atas lantai dan kain yang menyelubungi kepalaku dibuka. Terdapat dua orang lelaki dihadapanku.

         ''Kau pakai baju ni lepas tu ikut aku.'' Seorang lelaki botak mengarahku kemudian mereka keluar dari bilik itu. Oleh kerana diselubungi perasaan takut, aku menyarung baju tersebut. Baju tersebut umpama tidak cukup kain. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dan seorang lelaki pendek masuk dan menerkamku. Aku menolak melawan lelaki tersebut menggunakan ilmu tae kwon do yang aku pelajari seperti teknik menendang iaitu momtong ap chagi di mana aku menendang perut lelaki tersebut. Lelaki itu mengaduh kesakitan. Aku menganmbil beg dan berlari keluar. Mujur tiada sesiapa dan aku berjaya melarikan diri.

         Aku ketakutan dan segera mencari masjid berdekatan. Aku tidur di masjid selama dua hari. Ada jemaah masjid yang bertanya mengapa aku tinggal disitu. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku fikir sekiranya aku memberitahu hal sebenar,aku akan dihantar pulang.

          Pada satu petang,aku tenampak kelibat kakak sulungku di hadapan masjid. Ketika aku ingin mengecamnya,tiba-tiba kakakku terpandangku. Aku tergamam dan segera melarikn diri. Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman. Aku menoleh ke belakang dan ternampak kakakku di langgar kereta. 

         ''Kakak!!'' aku menjerit dan meluru kearah kakakku.

          Kakakku terbaring kaku. Aku mengesan nadinya dan nadinya begitu lemah. 

          Kakak tersenyum dan berkata,''dapat juga kakak mencari adik. Pulanglah.''

          Usai bicara,kakak menghembuskan nafas terakhirnya. Kemudian orang ramai membantu mengangkat kakak ke dalam ambulans. Aku tidak sedar bilakah ambulans sampai. Aku menangis dan merintih kesedihan.

          Jenazah kakak dibawa pulang ke rumah untuk disemadikan. Ibu dan ayah hanya memandangku tanpa bicara. Aku rasa bersalah kerana menjadi penyebab kematian kakak. Ya, aku tidak layak untuk berada didalam rumah ini lagi. Biarlah aku berkelana. Rumah ini meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis. 


         ''Ibu, ayah, Isya nak keluar dari rumah ni. Isya nak hidup berdikari. Lagipun Isya banyak susahkan ibu dan ayah. '' Aku berkata kepada ibu dan ayah ketika kami sedang bersarapan.


         ''Isya sudah besar dan boleh berfikir sendiri. Kalau Isya rasa itu yang terbaik bagi diri Isya, ibu izinkan. '' Ibu berkata dengan nada suara yang lemah.


           Aku masuk ke dalam bilik dan kemudian keluar dengan membawa beg berisi pakaian. Aku pergi ke dapur untuk menyalam tangan ibu dan ayah. Mereka hanya diam seribu bahasa. Aku melangkah keluar rumah dan berjalan menuju ke pondok bas. Aku kemudian mengambil bas menuju ke bandar. Akan ku cari pekerjaan dan tempat untuk berteduh di sana. Kali ini aku tidak meminta bantuan Rizan. 


          Di bandar, sedang aku melewati sebuah rumah orang-orang tua. Entah mengapa tergerak hatiku entah melangkah masuk ke rumah itu. Aku terpandang seorang wanita lingkungan 30 an sedang melayan seorang warga emas. Tatkala aku memandangnya, dia tersedar akan kehadiranku. Lalu, dia menghampiriku.

          ''Adik nak melawat siapa?'' dia bertanyakan soalan tersebut kepadaku.


          ''Kak, ada kerja kosong? kalau ada, saya berminat nak bekerja disini.'' aku berkata tanpa menghiraukan soalan kakak tersebut.

           ''Ada. Kebetulan kakak tengah cari pekerja. Mari ikut kakak ke pejabat.'' kakak itu berkata lalu ,membawa aku ke pejabat.


           Bermula dari detik itu, bermulalah kisah kehidupanku di rumah orang-orang tua. Aku menceritakan tentang kisah kehidupanku kepada kakak itu yang aku kenali sebagai Kak Liza. Di rumah tersebut aku telah berkenalan dengan seorang warga tua bernama Mak Jamilah. dia merupakan seorang warga tua yang telah kehilangan keluarga akibat kemalangan. Aku senang melayan perangainya berbanding warga tua yang lain. Bukannya aku bersikap pilih kasih, tetapi seperti yang aku katakan tadi, aku senang dengannya.


          Mak Jamilah mengalami masalah kerapuhan tulang yang serius. Penyakit itu menyebabkan badannya menjadi bongkok lebih cepat berbanding warga tua yang lain. Penyakit ini disebabkan tulang rawan yang terdapat di antara setiap tulang yang bercantum sebagai tulang belakang menjadi semakin haus. Tulang itu semakin haus disebabkan Mak Jamilah pada usia mudanya sering melakukan kerja-kerja berat. Tulang tersebut dikenali sebagai Intervertebral Disc. Satu lagi faktor yang menyebabkan Mak Jamilah mengalami masalah kerapuhan tulang yang serius adalah badannya kekurangan sumber mineral yang penting iaitu kalsium. Kalsium penting dalam pembentukan tulang. 


          Ketika Mak Jamilah mempunyai keluarga, dia membantu suaminya mengusahakan ladang koko. Katanya, koko boleh hidup di kawasan tanah yang mempunyai tahap kesuburan yang rendah. Mak Jamilah dan suaminya telah mengkaji terlebih dahulu mengenai sektor pertanian sebelum menceburkan diri dalam industri tersebut. Pertanian di Malaysia dapat dijalankan dengan jayanya kerana Malaysia terletak di garisan khatulistiwa. Malaysia menerima hujan tahunan sebanyak 3000 mm setahun dan begitu sesuai dengan sektor pertanian. Mak Jmilah sering kali membantu suaminya membaja, menanam anak pokok koko, memungut hasil tanaman dan pelbagai lagi kerja berat. Mak Jamilah melakukan kerja-kerja tersebut kerana ingin meringankan kerja suaminya. 

          Pada suatu petang, Mak Jamilah menceritakan bagaimana ahli keluarganya meninggal. Tanggal 13 Julai 2007 telah mencatatkan memori hitam dalam sejarah hidup warga tua tersebut. Mak Jamilah, suami serta tiga orang anaknya dalam perjalanan ke Felda Ayer Hitam untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Suami Mak Jamilah memandu kereta mengikut kadar had laju yang telah ditetapkan iaitu 80 km/j. Tiba-tiba ada sebuah bas yang dari belakang kereta mereka cuba memintas. Dalam masa yang sama sebuah kontena dari arah bertentangan kereta mereka datang dengan kadar pemanduan yang agak laju. Bas yang cuba memintas tiba-tiba seperti kehilangan corak pemanduan. Bas tersebut cuba untuk masuk semula ke dalam lorong dan tiba-tiba...

          Boooom!!

         Bas yang cuba masuk kedalam lorong tersebut menghentam kereta Mak Jamilah. Suami Mak Jamilah terlepas pegangannya daripada stereng kereta. Kereta mereka terbabas dan hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam gaung di bahu jalan. Mak Jamilah berkata sebaik sahaja keretanya terhempas ke atas tanah, Mak Jamilah terus pengsan tidak sedarkan diri

          Peristiwa kemalangan ini mengingatkanku mengenai statistik kemalangan yang berlaku pada tahun tersebut. pada tahun itu, kemalangan mencatatkan sebanyak 4646 kes dan nampaknya kes Mak Jamilah merupakan satu daripadanya. Punca kemalangan jalan raya sangat banyak dan antaranya ialah kecuaian para pemandu seperti pemandu bas yang diceritakan oleh Mak Jamilah.

         Selepas tiga hari koma dan ditahan di dalam wad, Mak Jamilah akhirnya sedarkan diri. Ahli keluarga Mak Jamilah memaklumkan bahawa suami dan anank-anaknya telah meninggal dunia. Selepas pulih daripada kecederaan, Mak Jamilah pulang ke rumah. Dia tidak betah untuk tinggal di rumah. Lalu dia menyerahkan ladang dan rumahnya kepada adik lelakinya. Mak Jamilah pada mulanya menumpang di sebuah masjid yang ada di bandar. Pada suatu hari, Kak Liza menegur Mak Jamilah kerana sering melihat orang tua itu di masjid tersebut. Lalu, Kak Liza mengajak Mak Jamilah untuk tinggal di rumah orang-orang tua itu. Mak Jamilah akui bahawa pada mulanya dia berasa agak kekok. Tapi lama kelamaan dia mula berasa senang tinggal di tempat tersebut.

         Usai bercerita, Mak Jamilah bersuara, ''Isya, baliklah ke rumah. Kasihan ibu bapa Isya. Pasti mereka rindukan Isya. Mak cik rasa tentu Isya rindukan mereka juga bukan?''

          Aku terkedu. Ya, aku rindukan mereka. Ingin aku katakan kepada Mak Jamilah tetapi suaraku tersekat di anak tekak. Tiba-tiba air mata yang tadi bergenang di pelupuk mata jatuh berjuraian.

           ''Fikirkanlah apa yang Mak cik katakan ini. Hargai dan sayangi orang di sekeliling Isya. Kakak Isya tentu sedih melihat Isya begini.

           Puas aku berfikir mengenai apa yang dikatakan oleh Mak Jamilah. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk pulang ke pangkuan ahli keluargaku. Tetapi, sebelum itu, aku ingin menyumbangkan sesuatu kepada rumah orang-orang tua ini yang begitu banyak memberiku pengajaran. Wang gaji yang aku simpan serta semua wang simpananku telahku keluarkan. Wang yang tidak seberapa itu telah aku hulurkan kepada Kak Liza untuk digunakan demi kepentingan warga emas yang tinggal dirumah tersebut.     

          Aku mengucapkan ucapan perpisahan kepada semua warga rumah tersebut yang telah aku anggap seperti keluarga sendiri. lagui doa dalam perpisahan berkumandang ketika majlis perpisahan yang diadakan oleh Kak Liza berlangsung.

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu
 
          Aku kemudian pulang ke pangkuan ahli keluargaku. Alhamdulillah, ibu dan ayah tidak lagi bertengkar. Aku hidup gembira di samping ahli keluargaku yang tercinta. 
          Tiba-tiba, pada suatu hari pihak polis menyerbu rumahku. Mereka memaklumkan bahawa ada laporan mengenai sindiket pengedaran dadah yang melibatkan diriku. Aku menafikan tuduhan itu sekeras mungkin. Pihak polis mengeluarkan waran untuk menggeledah rumahku. Mereka menemui sebungkus dadah di dalam almari pakaianku. Tanpa sempat untukku berkata-kata, tanganku digari.

          ''Ibu, ayah, Isya tak bersalah! Tolong Isya!'' aku meraung.

          Ibu, ayah dan Angah hanya memandangku dengan riak muka terkejut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Ahli keluargaku pernah mencuba untuk membebaskanku dengan melantik seorang peguam tetapi hasilnya begitu mengecewakan. Aku tidak dapat dibebaskan. Aku mengalah dan mengaku bahawa dadah itu milikku. Aku pasrah.


          Kini, aku terpaksa menghabiskan sisa hidupku di dalam penjara ini. Satu perkara yang sering berlegar-legar di kotak ingatanku ialah Angah tersenyum ketika aku ditangkap polis. Mungkinkah...







Friday, February 18, 2011

lagu buat remaja

semoga para remaja dapat menghayati lirik lagu ini..


Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

C/O :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

Friday, February 4, 2011

konsep remaja

konsep remaja terbahagi kepada tiga :

  1. Remaja awal (usia 13 – 14 tahun)
  2. Remaja tengah ( usia 15 – 17 tahun)
  3. Remaja akhir ( usia 18 – 21 tahun)      

Remaja awal (usia 13-14 tahun)

Seorang remaja pada tahap ini akan tertanya-tanya akan perubahan-perubahan yang terjadi pada tubuhnya sendiri dan dorongan-dorongan yang menyertai perubahan-perubahan itu. Mereka mengembangkan fikiran-fikiran baru, cepat tertarik pada lawan sejenis dan mudah terangsang secara erotis. Kepekaan yang berlebih-lebihan ini ditambah dengan berkurangnya pengendalian terhadap “ego” menyebabkan para remaja awal ini sukar mengerti dan dimengerti orang dewasa.

Remaja tengah (usia 15-17 tahun)

Pada tahap ini remaja sangat memerlukan kawan-kawan. mereka senang kalau banyak teman yang menyukai diri mereka. Ada kecenderungan “narcistic”, iaitu mencintai diri sendiri, dengan menyukai teman-teman yang punya sifat-sifat yang sama dengan dirinya. Selain itu mereka berada dalam kondisi kebingungan kerana mereka tidak tahu harus memilih yang mana: peka atau tidak peduli, ramai-ramai atau sendiri, optimis atau pesimis, idealis atau materialis dan sebagainya.

 Remaja akhir (usia 18-21 tahun)

 Tahap ini adalah masa menuju alam dewasa dan ditanda dengan pencapaian 5 perkara, iaitu:
  1. Minat yang makin mantap terhadap fungsi-fungsi intelek.
  2. Ego mencari kesempatan untuk bersatu dengan orang-orang lain dalam pengalaman-pengalaman baru.
  3. Terbentuknya identiti seksual yang tidak akan berubah lagi.
  4. Egosentrisme (terlalu memusatkan perhatian pada diri sendiri) diganti dengan keseimbangan antara kepentingan diri sendiri dengan orang lain.